Thursday 8 March 2012

Khasiat Kasturi ^_^

Assalamualaikum WBT dan salam 1 malaysia !...

Entri kali ini yang hendak dikongsikan adalah mengenai khasiat kasturi.Terlebih dahulu saya memperkenalkan apakah itu kasturi??

Dalam bahasa melayu ianya dikenali sebagai kasturi..Manakala bahasa inggeris pula dikenali sebagai 
Mask,parsi dikenali sebagai Muskh.  Apakah itu kasturi? Kasturi ni adalah sejenis darah yang terdapat dalam kekandi (seperti gambar di atas) yang terdapat pada bahagian antara pusat dan testikal sejenis kijang lelaki yang dikenali dengan nama 'Musk Deer' atau bahasa saintifiknya Moschus moschiferus. Kekandi ini boleh luruh sendiri apabila ia telah matang dan akan tumbuh kembali. Apabila dibuka kekandi tersebut ke adaan dalamnya seperti biji-biji delima dan ia akan menjadi kering. Kalau telah dikeluarkan daripada kekandi tersebut, kasturi cuma akan tahan selama setahun dan jika dibiarkan di dalam kekandi tersebut ia akan bertahan selama 2 atau 3 tahun. Untuk membuatkan kasturi tahan lama ia dicampurkan ke dalam alkohol.


Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuwan Islam antaranya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah R.A dan ahli-ahli perubatan Islam ,maka didapati kasturi mempunyai banyak khasiat.Antaranya :-








F Memberi kekuatan pada roh

Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi adalah merupakan sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda Nabi SAW:“Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi” (Hadis Riwayat Muslim)


F Menenangkan Jiwa


FMencerdaskan akal dan menyihatkan otak


FMenghilangkan ketakutan dan kebimbangan


F Menghilangkan debaran jantung


F Menghilangkan Sesak Nafas


F Melegakan Lelah (Asma)


F Menyedarkan orang yang pengsan


F Memperkuatkan organ luaran tubuh


F Memperkuatkan organ dalaman tubuh


F Menghilangkan rasa gementar


F Menghilangkan sejuk tubuh


FMembuang angin yang berlebihan dalam tubuh


F Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang


FMenghilangkan kesakitan sewaktu kencing



Fmenjernihkan mata putih pada mata



F Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan


F Mencegah wabak penyakit


F Melanjutkan usia


F Meredhakan Allah SWT, menyukakan para malaikat dan orang-orang soleh, dan sebaliknya dapat mengusirkan syaitan laknatullah dan kuncu-kuncunya.Menurut Imam Syafie R.A. bahawa antara perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum (spt kasturi).




       Dolce Essence

No comments:

Post a Comment